Thursday, July 29, 2010

Kehilangan atok yg tercinta...

Arwah atok aku sakit tidak lama hanya 2 bln lebih....makanan kegemaran arwah atokku ialah buah durian dan sate.....jika anak2nya pulang mereka pasti akan membelikannya.....Dia akan makan sepuas2nya....Dia menghembuskan nafas pada pukul 6.30 ptg di hospital Taiping....Dokktor mengesyaki bahawa penyakitnya ialah ulser perut yang serius...terlalu banyak luka yg terdapat dlm perutnya dan mengakibatkan dia batuk berdarah,buang air kecil dan besar berdarah....Dia seorang yang pendiam....pelbagai kenangan dia bersama aku,mak aku dan pah....aku dapat mengucup dahinya sebelum mereka mengkafankan dia...muaknya begitu bersih dan seolah-olah dia tersenyum....begitu besar kekuasaanNYA...aku agak terkilan sedikit mengenai arwah atukku ialah dia tidak bercakap sepatah apa pun selepas dia terjatuh di hadapan biliknya.....bapak dan mak sedaraku beranggapan mungkin dia telah hilang ingatan....perbuatan yang paling aneh yang masih segar dalam ingatan ku ialah setiap kali kami datang menziarah dia hospital,dia pasti akan menyelimutkan kepalanya.....mungkin arwah ingin memberitahu kepada kami bahawa ajalnya tidak lama lagi....tapi kami tidak memahami pada mulanya......apa pun aku redho,tapi akau agak kasihan kerana kakak ku tidak dapat menatap wajah terakhir arwah atukku kerana dia berada di luar negara.....